DUN Sabah Belum Buat Keputusan Kedudukan Ketua Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 18 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum membuat keputusan berhubung kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang.

Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun berkata, pihaknya belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Sabah.

"Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini DUN belum menerima surat rasmi siapa wakil rakyat yang diputuskan pembangkang untuk menjadi ketua.

"Maka dengan ini, tiada ketetapan bahawa (Adun) Klias adalah ketua...kita tidak anggap ketua (pembangkang)," katanya persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Terdahulu, Lajim bertanya kepada Johnny mengenai pelantikan beliau selaku ketua pembangkang di dewan ini sepertimana yang disyor pembangkang.

"Timbalan Speaker harus membuat syor dan keputusan sekarang dan bila akan mengumumkan keputusan untuk menjelaskan kedudukan konsensus yang telah dibuat pembangkang," kata Lajim.

Christina Liew (PKR-Api Api) kemudian bangkit dan berkata, Setiausaha PKR Sabah Dr Roland Chia telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha DUN, Datuk Bernard Joseph Dalinting minggu lepas berhubung keputusan itu yang dibuat menerusi kaedah pemilihan konvensional. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan