Undang-Undang Sedia Ada Cukup Tangani Kegiatan Sentuh Isu Perkauman - Berita Semasa | mStar

Undang-Undang Sedia Ada Cukup Tangani Kegiatan Sentuh Isu Perkauman

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Memperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan bukanlah satu langkah munasabah untuk menangani kegiatan yang menyentuh isu perkauman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada Isnin.

Katanya lebih 900 undang-undang yang sedang berkuat kuasa sudah cukup untuk menangani perkara berkenaan sekiranya ia dilaksanakan secara berkesan.

"Undang-undang ini bukannya kurang berkesan tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi taklimat di Kompleks Mahkamah Kuching di sini.

Nancy berkata ada pihak tertentu telah mengkritik kerajaan berikutan tindakan membatalkan ISA tetapi langkah berkenaan sebenarnya telah meletakkan Malaysia lebih ke hadapan berbanding beberapa negara lain.

"Mungkin buat masa ini masih belum ada alternatif yang jelas (undang-undang untuk menggantikan ISA) tetapi kita memang masih melihat dari semua sudut untuk melaksanakan mekanisme yang sesuai untuk bertindak terhadap kes-kes yang dahulunya diletakkan di bawah ISA," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan