PAS Sambut Baik Titah Sultan Ketepikan Sentimen Fanatik Politik Selepas PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang meminta semua pihak menghapus sentimen fanatik politik masing-masing selepas berakhirnya pilihan raya.

Abdul Hadi, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata penghapusan sentimen politik fanatik itu harus bermula daripada akar umbi parti agar usaha ke arah itu boleh dan lebih mudah dilaksanakan di peringkat tertinggi.

"Saya setuju dengan titah Tuanku dan itu yang kita harapkan kerana selepas pilihan raya, banyak saya dapat aduan tentang tugas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak sain (tandatangan) permohonan rakyat.

"Saya kira kalau titah Sultan itu dapat dimulakan dari bawah adalah lebih baik dan mudah untuk pihak atas teruskan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas titah ucapan Sultan Mizan ketika perasmian pembukaan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13 di sini Isnin.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai penganjuran perhimpunan yang masih tetap dijalankan parti pembangkang, Abdul Hadi berkata, ia adalah hak rakyat dan Sultan hanya memberi dasar secara umum.

Kata beliau, adalah menjadi hak rakyat untuk mengambil tahu perjalanan pilihan raya sama ada ia berlangsung dengan betul.

"Memang pengislahan reformasi adalah hak rakyat tetapi jangan lari daripada kepentingan keamanan dan demokrasi kerana apa yang penting adalah memelihara demokrasi dengan sebaik-baiknya namun dalam pilihan raya kita kena betulkan," katanya. Dalam titah Sultan Terengganu pada Isnin, baginda juga meminta ADUN bersidang dengan penuh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing.

Abdul Hadi berkata, wakil pembangkang akan memberi kerjasama sebaiknya sepanjang persidangan berlangsung pada perkara-perkara tertentu.

"Ada perkara yang kita boleh kerjasama dan ada perkara kita kena tegur kerajaan, kena kritik sebab dalam titah baginda tadi pun ada teguran dibuat kepada kerajaan misalnya baginda tidak mahu ada projek-projek yang tidak beri keuntungan kepada rakyat dilaksanakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan