MRT Jajaran Kedua Dan Ketiga Dijangka Meliputi Kawasan Putrajaya

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Transit Aliran Berkapasiti (MRT) jajaran kedua dan ketiga dijangka meliputi kawasan Putrajaya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid.

Katanya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini sedang membuat kertas kerja mengenai jajaran ke-dua dan ke-tiga MRT yang akan dibentangkan kepada kerajaan untuk mendapat kelulusan.

"Kita menjangkakan akan ada berita baik (kelulusan dari kerajaan) pada hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuarter Penempatan Pekerja Berpusat (CLQ) MRT di sini, Isnin.

Yang turut hadir ialah wakil-wakil kedutaan pekerja yang terbabit dalam pembinaan MRT antaranya Kemboja, Vietnam, Nepal dan Pakistan.

Menurut Azhar, kertas kerja oleh SPAD dijangka merangkumi jajaran ke-dua dan ke-tiga tetapi pengumuman perlaksanaan bergantung kepada kerajaan sama ada secara sekali gus atau satu per satu.

Beliau turut memberi gambaran bahawa jajaran ke-dua berkemungkinan bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya manakala jajaran ke-tiga akan mengelilingi Lembah Klang.

Sementara itu, mengenai CLQ, Azhar berkata pembinaan pusat berkenaan adalah untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa kepada pekerja-pekerja MRT yang datang dari pelbagai negara.

Katanya, pada kemuncak pembinaan MRT, dijangkakan 13,000 pekerja akan terbabit dalam projek berkenaan.

Untuk menampung tempat tinggal pekerja-pekerja berkenaan, MRT Corp membina CLQ di empat tempat Sungai Buloh, Cochrane, Cheras dan Kajang, dengan kos lebih kurang RM100 juta, yang mampu untuk menampung 12,000 pekerja, katanya.

Selain tempat tinggal, katanya CLQ turut dilengkapi dengan surau, pusat kesihatan, kafeteria, kawasan rekreasi, kedai runcit selain sistem keselamatan canggih yang menggunakan sistem pengecaman muka.

MRT jajaran pertama, yang dijadualkan siap pada Julai 2017, mampu untuk membawa 400,000 penumpang sehari dan dijangka memberi manfaat kepada 1.2 juta orang yang tinggal di sepanjang laluan Sungai Buloh-Kajang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan