Lima Lagi Gajah Borneo Di Kinabatangan Dipasang Kolar Satelit

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Lima gajah Borneo yang mendiami kawasan berhampiran Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) di Lot 5 Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan (LKWS), dipasang kolar satelit dalam satu operasi dari 4 hingga 6 Jun.

Operasi ini adalah sebahagian daripada projek kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), NGO HUTAN dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), kata kenyataan bersama SWD dan DGFC.

Projek ini dibiayai Tabung Pemuliharaan Gajah Asia, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika; Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund, Elephant Family; Zoo Houston; dan Zoo Columbus.

Operasi ini diketuai dua wanita muda iaitu pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Cardiff University dan ditugaskan ke DGFC Nurzhafarina Othman dan pakar veterinar hidupan liar Mexico yang ditugaskan ke Unit Penyelamat Hidupan Liar SWD dan DGFC Dr Diana Ramirez.

Dr Diana Ramirez berkata hanya dalam tempoh tiga hari, pasukan mereka berjaya memasang kolar satleit pada empat gajah betina dan seekor gajah jantan.

"Kami memasang kolar itu pada seekor gajah betina yang telah dipasang tag pada Oktober 2011 dan menamakannya sebagai Putut, tiga gajah betina baharu yang dipilih rakan kami, Nurzhafarina, yang sedang menjalani pengajian peringkat PhD mengenai tingkah laku sosial gajah di kawasan Kinabatangan, dan menamakan mereka sebagai Ita, Bell dan Tess; dan seekor gajah jantan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun yang diberi nama Sejati.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan saya, terutama kepada semua petugas dari Unit Penyelamat Hidupan Liar kami dan petugas dari Unit Penjagaan Sungai serta petugas DGFC dan pelajar kerana tugas cemerlang yang telah mereka laksanakan," kata Ramirez.

Nurzhafarina pula berkata pemasangan kolar satelit pada lima gajah berkenaan menjadikan jumlah haiwan itu yang dikesan pergerakan mereka sekarang ialah lapan.

"Tujuan utama kolar ini dipasang ialah untuk mengumpul data tambahan daripada individu berbeza bagi memudahkan usaha mengurus gajah Borneo di kawasan Kinabatangan, di samping untuk mengetahui perilaku pergaulan sosial dalam kalangan gajah betina melalui penggunaan alat GPS, yang merupakan antara komponen penting bagi pengajian saya di peringkat PhD," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan