Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik - Berita Semasa | mStar

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara mencatatkan sedikit peningkatan pada Isnin dengan hanya empat tempat merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berbanding enam pada Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya, kawasan terbabit ialah dua di Pahang iaitu Balok Baru (114) dan Indera Mahkota (107), serta masing-masing satu di Melaka (Bandaraya Melaka - 102) dan Terengganu (Kemaman - 121).

Setakat pukul 11 pagi Isnin tempat-tempat lain mencatatkan IPU antara baik dan sederhana.

Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Pada Ahad, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan keadaan berjerebu di negara ini dijangka bertambah buruk berikutan keadaan cuaca diramal semakin panas dan kering untuk beberapa bulan akan datang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan