Kerajaan Jalankan Kajian 'Suara Hati Johor' Peroleh Maklum Balas Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Kerajaan Johor pada Isnin memulakan inisiatif baharu bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyatnya melalui kajian yang dikenali sebagai 'Suara Hati Johor'.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kajian selama tiga bulan itu akan dilaksanakan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menyasarkan kira-kira 8,000 responden.

Katanya, kajian itu bagi membolehkan kerajaan membuat tindakan seperti menggubal dasar berpandukan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat dengan tema 'Merakyatkan Kerajaan'.

"Bagi merealisasikan aspirasi ini, kerajaan menjalankan satu kajian melibatkan rakyat terhadap 100 hari pentadbiran saya sebagai Menteri Besar.

"Kajian ini dilihat sebagai satu wadah bagi memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan menyeluruh ke arah pembentukan Negeri Johor Maju menjelang tahun 2020," katanya pada sidang akhbar di Kota Iskandar, di sini, Isnin.

Objektif utama kajian itu adalah mengetahui beberapa indikator berkaitan permasalahan rakyat, mengenal pasti isu utama dihadapi rakyat dan mencadang dasar yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

Penyelidikan itu akan menggunakan dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif melalui kajian di lapangan dan laman web, katanya.

Beliau berkata, kajian itu diharap dapat menghasilkan hasil berguna untuk dijadikan dasar yang akan dilaksanakan kerajaan negeri.

Mohamed Khaled yakin akan keprihatinan rakyat Johor terhadap dasar kerajaan, mengalu-alukan penglibatan mereka dalam kajian tersebut yang akan dijalankan secara jujur, rasional, terbuka serta berterus-terang.

Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris itu boleh melayari http://surveys.suarahatijohor.com/s3/. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan