Jabatan Kesihatan Kelantan Minta Orang Ramai Lapor kejadian Unggas Mati

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan meminta orang ramai melaporkan kejadian ayam mati dalam bilangan yang luar biasa kepada pejabat Perkhidmatan Veterinar berdekatan bagi membolehkan jabatan tersebut menentukan jenis virus yang menjangkiti haiwan berkenaan.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jabatan itu kini memantau kejadian kes-kes jangkitan pernafasan yang dirawat di klinik kesihatan dan hospital bagi mengelak penularan wabak selesema burung atau Avian Influenza di negeri ini.

Dr Ahmad Razin berkata penyakit itu kini banyak dikesan di China iaitu 132 kes dilaporkan sehingga 29 Mei lepas.

"Sehingga kini tiada sekatan perjalanan dari Malaysia ke China dan bagi mereka yang ingin melawat negara itu diminta mengelak mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup.

"Sekiranya pulang dari lawatan dan mendapat gejala pernafasan, dinasihatkan untuk memakai topeng muka dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Justeru, Dr Ahmad Razin berkata seramai 180 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan telah mengambil bahagian dalam latihan simulasi yang bertujuan menilai kesiapsiagaan fasiliti kesihatan dalam menghadapi situasi itu jika berlaku wabak tersebut di negeri ini.

"Selain latihan simulasi tersebut, beberapa siri latihan pengukuhan sistem survelan dan pengurusan wabak juga diadakan pada tahun ini," katanya.

Avian Influenza atau selesema burung adalah sejenis penyakit berjangkit di kalangan unggas seperti ayam, itik dan burung yang disebabkan oleh Influenza jenis A dan mempunyai pelbagai jenis kecil seperti H5N1 dan H7N9.

Penyakit ini menular di kalangan ayam melalui cecair hidung dan mulut serta najis. Jangkitan virus kepada ayam akan menyebabkan kematian luar biasa ayam dalam bilangan luar biasa iaitu tiga peratus daripada populasi.

Selain itu, virus ini boleh menjangkiti manusia apabila terdapat hubungan secara langsung atau tidak langsung di antara manusia dengan unggas yang dijangkiti virus.

Gejala Avian Influenza di kalangan manusia adalah sama seperti selesema biasa iaitu demam tinggi (suhu badan melebihi 39 darjah Celsius), sakit tekak dan batuk. Kes-kes teruk boleh menyebabkan sesak nafas disebabkan radang paru-paru dan boleh membawa kematian.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan