Gerakan Kedah Minta Guan Eng Perjelas Isu Air Mentah

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemuda Gerakan Kedah pada Isnin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memperjelaskan kedudukan sebenar isu caj bekalan air mentah antara Kedah dan Pulau Pinang kepada rakyat.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata ini kerana kenyataan Lim membayangkan Pulau Pinang terpaksa membayar harga air mentah yang dibekalkan Kedah selepas kerajaan negerinya diambil alih Barisan Nasional (BN).

"Guan Eng dah buat rakyat Pulau Pinang keliru kerana seolah-olah cadangan untuk mengenakan bayaran untuk air mentah ini datangnya dari kepimpinan BN, sekali gus menyebabkan rakyat tidak puas hati dan marah terhadap BN," katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Tan, isu caj bekalan air mentah kepada Pulau Pinang itu diusul pada pembentangan belanjawan 2013 Kedah ketika negeri berkenaan masih ditadbir pakatan pembangkang.

Katanya Menteri Besar Kedah ketika itu Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menyatakan perbincangan mengenai caj tersebut sedang berlangsung antara kedua-dua negeri.

"Kita harap kerajaan Pulau Pinang akan berterus-terang mengenai isu jualan air mentah ini dan tidak mengelirukan rakyat tentang asal-usul cadangan tersebut," katanya.

Beliau turut menyarankan isu itu dibawa sebagai usul di Parlimen oleh anggota parlimen yang berkenaan sebagai langkah menjaga hubungan antara Kedah dan Pulau Pinang.

"Kalau Parlimen kata boleh jual, kita jual, kalau kata tidak kita kenalah ikut arahan yang Parlimen keluarkan, dengan cara ini barulah masalah ini akan selesai," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor berkata sudah sampai masanya isu caj bekalan air mentah yang disalur dari Sungai Muda di Kedah ke Pulau Pinang itu dibincangkan, namun dalam kenyataan balasnya Lim berkata tidak ada sesiapa boleh menuntut pembayaran tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan