Firefly Naik Taraf Sistem Bagi Tingkatkan Operasi

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Firefly akan melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem dan penyelenggaraan pada 22 dan 23 Jun ini bagi menyediakan operasi online yang dipertingkatkan bagi para penumpang.

Berikutan pelaksanaan kerja berkenaan, kesemua rangkaian penempahan akan dihentikan sementara waktu mulai jam 12 tengah malam 22 Jun, katanya dalam satu kenyataan.

Para penumpang yang akan melakukan perjalanan pada 22 atau 23 Jun dinasihati membeli tiket atau memuktamadkan sebarang perubahan menggunakan pendaftaran masuk secara online sebelum jam 5.00 petang pada 21 Jun.

Selain itu, para penumpang boleh pergi awal ke kaunter pendaftaran masuk bagi mengelakkan sebarang kesukaran terhadap perjalanan masing-masing. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan