Adun Negeri Sembilan Angkat Sumpah, Awaluddin Said Speaker Baru - Berita Semasa | mStar

Adun Negeri Sembilan Angkat Sumpah, Awaluddin Said Speaker Baru

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan mengangkat sumpah di Wisma Negeri pada pagi Isnin.

Datuk Dr Awaluddin Said yang kekal sebagai Adun Kota selama tiga penggal dilantik sebagai Speaker.

Speaker pada sidang penggal terdahulu, Datuk Razak Mansor tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Pada 11 Mei, Datuk Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar buat penggal ketiga.

Mohamad, 57, mengekalkan jawatan tersebut selepas membantu Barisan Nasional (BN) memenangi 22 daripada 36 kerusi DUN pada PRU-13.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan