Ribut Kencang: Seorang Lagi Mangsa Dipercayai Maut

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan kereta yang terbenam di Jalan Macalister.
Jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan kereta yang terbenam di Jalan Macalister.

GEORGE TOWN: Serpihan kereta dipercayai jenis Honda City ditemui tertimbus dalam lopak yang terbentuk akibat dihempap rod penebat kilat di Menara Umno dalam kejadian ribut kencang yang berlaku di negeri itu Khamis lalu.

Pihak berkuasa bimbang kejadian ribut kencang pada Khamis mungkin mengorbankan seorang lagi nyawa.

Ahli keluarga kepada seorang lelaki berusia 44 tahun telah membuat laporan mengenai orang hilang bahawa mangsa tidak kelihatan selepas kejadian ribut kencang itu dan sentiasa melalui Jalan Macalister untuk mengambil anak perempuannya.

Lelaki yang hilang itu memandu kereta jenis Honda City.

Sebahagian besar Jalan Macalister rosak teruk selepas dihempap runtuhan konkrit rod penebat kilat dalam kejadian ribut kencang pada Khamis.

Kejadian itu mengorbankan dua nyawa.

Seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) Wong Tze Chow, 33, maut dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam manakala pemandu lori yang dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 46, dari Devakottai, India, meninggal dunia selepas dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan