Polis Sahkan Serpihan Ditemui Sepadan Kereta Milik Penjual Nasi

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik.

Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian iaitu pada Khamis lepas.

"Polis buka kertas siasatan berdasarkan laporan orang hilang. Berdasarkan laporan yang dibuat isteri mangsa sehari selepas kejadian, kami dapati butiran yang diberikan sepadan dengan bukti-bukti yang ditemui," katanya kepada pemberita di lokasi malam Sabtu.

Isteri Lim, Lee Chai Song, 48, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya pukul 3 petang Jumaat.

Lee berkata suaminya yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa masih belum ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menggali runtuhan.

Beliau berkata setakat ini, hanya serpihan seperti tayar, enjin dan bahagian depan kereta ditemui.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mencari mangsa yang dipercayai tertimbus menjadi sukar berikutan struktur tanah termendap selain lubang sedalam lima meter dilimpahi air akibat paip bawah tanah pecah akibat runtuhan itu.

Pada 6.15 petang Sabtu, pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan menjumpai serpihan sebuah lagi kereta yang dipercayai tertimbus dalam lumpur. Anggota Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berkata beliau dimaklumkan serpihan itu dipercayai sebahagian kereta milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian.

Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa yang terperangkap ditemui dan penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kereta yang disahkan terhempap dalam kejadian runtuhan penebat kilat Khamis lepas ialah lapan buah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan