Penubuhan IPCMC Tidak Perlu - Timbalan KPN

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak cadangan untuk membentuk Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana sudah terdapat sebuah entiti pemantauan, iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (EAIC).

Mohd Bakri berkata sudah ada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen untuk memastikan anggota polis mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur operasi standard (SOP).

"Sudah ada undang-undang. Sudah ada EAIC. Tidak ada gunanya untuk membincangkan tentang IPCMC," kata beliau pada sidang media pada Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Sabtu.

"Saya rasa undang-undang sudah sedia ada dan ia lebih kuat daripada IPCMC. Jadi kita hanya perlu melaksanakan atau menguatkuasakannya."

Mohd Bakri bagaimanapun mengakui terdapat kelemahan dalam SOP lokap yang akan cuba diperbaiki oleh pasukan polis.

"Kami merancang strategi untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan SOP dan kita faham ia terdapat kelemahan," katanya.

"Kita perlu cuba menjadikan lokap lebih selamat tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa apabila tahanan membunuh diri atau menyakiti diri mereka sendiri," kata Mohd Bakri.

"Terdapat banyak cara untuk agensi lain membantu kita untuk meringankan beban. Dalam lokap besar, kita mungkin mempunyai sehingga 150 tahanan. Beberapa tahanan mungkin mempunyai masalah emosi dalam persekitaran sebegitu. Agensi lain seperti Jabatan Kesihatan boleh membantu kita mengenai persekitaran lokap," kata Mohd Bakri.

Mohd Bakri juga menggesa orang ramai untuk tidak menjadikan kematian tahanan sebagai isu perkauman, sambil mengatakan kematian terkini dalam lokap tidak mempunyai kaitan dengan perkauman.

"Kes-kes yang berlaku mempunyai sebab. Ia bukan hanya berlaku kepada kaum-kaum tertentu," katanya.

"Kami mempunyai statistik mengenai kematian tahanan dan ia tidak seperti itu jadi tidak perlu salah faham," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan