Pasangan Suami Isteri Di Bandar Sukar Mula Kehidupan Berkeluarga

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu dalam setiap enam pasangan suami isteri bandar di Malaysia menghadapi kesukaran untuk menimang cahaya mata ekoran pelbagai faktor seperti kesihatan dan sosial, menurut pakar.

Perunding urologi Dr Muhilan Parameswaran berkata masalah ini disebabkan tahap tekanan di kalangan penduduk bandar, pencemaran alam sekitar dan antara lain, tabiat pemakanan yang tidak sihat.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, kesedaran tentang kemandulan, terutama di kalangan lelaki, tidak tinggi. Mereka ini sama ada tidak mampu untuk mendapatkan rawatan atau mereka hanya cenderung untuk mengabaikan masalah ini.

"Bagaimanapun, sejak aspek penjagaan kesihatan menjadi semakin mudah, kita cenderung untuk meneliti lebih banyak kes seperti itu di Malaysia," kata beliau di luar acara Ceramah Kesihatan anjuran Pusat Perubatan Tropicana di sini, Sabtu.

Dr Muhilan berkata ramai lelaki masih malu untuk membincangkan tentang kemandulan dan pasangan ini biasanya lewat menjalankan ujian walaupun masalah boleh diatasi. Beliau berkata, tanggapan umum di kalangan lelaki adalah masalah ini disebabkan ketidakupayaan wanita untuk hamil.

"Lelaki suka menganggap dan meletakkan kesalahan kepada wanita kerana tidak hamil. Kebanyakan kes mandul di kalangan lelaki adalah disebabkan masalah hormon, mati pucuk, sperma tidak sihat atau berkualiti rendah serta pergerakan yang perlahan untuk mencapai dan menembusi ovum," tambah beliau.

Dr Muhilan berkata satu lagi salah faham yang biasa ialah mengenai saiz zakar yang dikaitkan dengan keupayaan untuk hamil.

"Ia semestinya tidak benar kerana saiz tidak penting apabila kita membincangkan tentang masalah kemandulan," tambah beliau.

Perunding Obstetrik dan pakar sakit puan Dr Arifah Mohd Amin berkata rakyat Malaysia perlu mengekalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko kemandulan.

"Berat badan di kalangan wanita dan lelaki boleh meningkatkan kesuburan. Bagi wanita, terlalu kurus atau obesiti boleh membawa kepada banyak masalah termasuk membawa kemudaratan kepada bayi mereka. Mereka juga boleh mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi," katanya.

Seorang lagi perunding Obstetrik dan pakar sakit puan Dr Yong Jee Kien menggesa pasangan muda untuk bertemu pakar jika mereka gagal untuk hamil selepas setahun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan