Tiada Panggilan Daripada Pemimpin Akar Umbi PR Boikot Angkat Sumpah - Karpal

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiada panggilan daripada pemimpin peringkat akar umbi Pakatan Rakyat supaya memboikot upacara angkat sumpah ahli Parlimen pada 24 Jun ini, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis tersebut kecuali mereka yang tidak dapat hadir. Mereka sentiasa boleh mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan.

"Saya tidak rasa perlu (memboikot). Anda telah dipilih dan anda perlu bertanggungjawab," kata Karpal Singh pada sidang akhbar di Air Itam, di sini, Sabtu.

Beliau menambah adalah menjadi satu kesalahan apabila Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau dan timbalannya tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen mengangkat sumpah selepas 24 Jun.

"Beliau angkuh. Beliau belum dilantik sebagai Speaker apabila beliau menggunakan istilah seperti "kita tidak akan membenarkan" atau 'timbalan saya tidak akan membenarkan".

"Malah, dalam Perlembagaan amat jelas menyatakan bahawa ahli Parlimen boleh mengangkat sumpah bila-bila masa dalam tempoh enam bulan," katanya.

Karpal Singh mengulas laporan berita pada 11 Jun mengatakan ahli Parlimen Pakatan akan hilang kelayakan jika mereka sengaja memboikot upacara angkat sumpah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan