Siri Jelajah Penerangan Kaedah Baru Pemilihan Umno Bermula Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memulakan siri jelajah untuk menerangkan kaedah baru pemilihan parti berkenaan mulai Sabtu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ia bertujuan memberi penerangan kepada setiap anggota di peringkat akar umbi.

"Menerusi kaedah baru itu akan diwujudkan hari pencalonan untuk jawatan tertinggi parti dan hari pemilihan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkhidmatan bas Nadi Putra oleh Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) di sini, Jumaat.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa itu berkata, semakan senarai calon akan dibuat sebelum nama-nama tersebut diumumkan untuk membolehkan kira-kira 150,000 anggota di peringkat cawangan dan bahagian membuat pengundian.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, mengumumkan pemilihan Umno kali ini akan dilaksanakan dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 anggota di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

Pemilihan akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti.

Satu jawatankuasa pemilihan diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baru berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat untuk setiap cawangan bermesyuarat yang dijadual diadakan bermula 15 Julai hingga 30 Ogos ini.

Namun, katanya, tarikh pemilihan bahagian dan pusat masih belum ditetapkan kerana menunggu maklum balas daripada jawatankuasa pemilihan memilih tarikh yang sesuai. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan