Kerja Pembersihan Jalan Macalister Dijangka Siap Tengah Malam Esok

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerja penyelenggaraan dan pembersihan laluan di sekitar kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini dijangka selesai sepenuhnya tengah malam Ahad.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tugas membaiki jalan yang rosak teruk akibat dihempap penebat kilat yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu menjadi rumit di samping melibatkan saluran paip bawah tanah.

"Struktur itu sangat berat dan telah menghasilkan lubang sedalam kira-kira lima meter. Keadaan tanah pula semakin mendap dan terhakis kerana paip bawah tanah pecah akibat dihempap runtuhan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Sabtu.

Beliau berkata kerja penyelenggaraan tetap diteruskan walaupun rasuk struktur penebat masih tergantung pada bangunan 21 tingkat itu.

Lim berkata menurut jurutera yang menyelia kerja mengalih struktur itu, rasuk berkenaan terlekat kukuh pada bangunan terbabit dan risiko untuk ia jatuh agak rendah.

Beliau berkata pihaknya telah menimbang segala kemungkinan dengan teliti dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang proses pembersihan dilakukan.

"Semalam (Jumaat) kita bawa masuk jentera berat untuk angkut sisa runtuhan keluar dan tugas sedemikian hasilkan gegaran yang kuat dan agak berbahaya...syukurlah rasuk itu tidak jatuh," katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata gangguan bekalan air di sekitar Datuk Keramat, Kampung Jawa, Komtar dan Jalan Anson, telah dipulihkan sebanyak 90 peratus.

Katanya petugas daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Indah Water Konsortium, Majlis Perbadanan Pulau Pinang (MPPP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya dan kontraktor dari pihak JKP Sdn Bhd sedang bertungkus lumus memulihkan keadaan sejak awal pagi Sabtu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, Datuk Adzmi Ariffin berkata pihaknya menjangka kerja mengalih rasuk menggunakan kren 10 tan itu dapat disiapkan pagi Ahad.

"Sejak kren itu tiba pukul 7 malam Jumaat, operasi mengalih dilakukan hingga tengah malam dan bersambung semula pukul 7 pagi ini. Kerja itu perlu dilakukan dengan teliti kerana kita bimbang sisa serpihan akan jatuh dan menghempap pekerja lain yang sedang bertugas di bawah. InsyaAllah pagi esok semuanya akan selesai," katanya ketika dihubungi.

Lewat petang Khamis, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister itu, runtuh berikutan angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.

Insiden yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan seorang lelaki pekerja asing maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.

Sebanyak 293 buah rumah dilaporkan terjejas dipukul ribut kencang yang melanda negeri ini pada hari berkenaan - enam di daerah Seberang Perai Selatan, 125 di Seberang Perai Tengah, 12 Barat Daya, 94 di Seberang Perai Utara dan 56 di Daerah Timur Laut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan