Jabatan Peguam Negara Setuju Adakan Inkues Kematian Nobuhiro

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk mengadakan inkues ke atas kematian warga Jepun Nobuhiro Matsushita.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, persetujuan itu diberikan selepas menerima satu kertas cadangan pihak polis untuk melakukan siasatan selepas laporan kimia dan bedah siasat gagal memberikan sebarang bukti berhubung kematian Nobuhiro di dalam tahanan lokap di USJ 8 pada 2 Jun lalu.

"Siasatan kami mengenai perkara ini hampir sampai ke penghujungnya dan merasakan siasatan adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Yahya berkata pihak berkuasa telah merekodkan kenyataan daripada ibu bapa Nobuhiro yang tiba di sini pada minggu ini untuk menuntut mayat tersebut.

"Mereka berkata Nobuhiro tidak mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan walaupun bapanya memberitahu mental anaknya tidak begitu stabil tetapi tidak berbahaya kepada sesiapa," katanya.

Ketika ditanya mengenai mengapa tiada rekod mengenai kemasukan Nobuhiro ke negara ini, Yahya membuat andaian lelaki berusia 33 tahun itu memasuki negara ini menerusi sempadan Thailand.

Nobuhiro ditahan kerana cuba mengugut seorang Polis Bantuan dengan pisau selepas menceroboh masuk sebuah universiti di Subang pada 2 Jun.

Dia dijumpai tergantung dengan bajunya pada sebatang besi di lokap itu kira-kira pukul 4 pagi pada 8 Jun.

Laporan bedah siasat mendapati dia meninggal dunia akibat menggantung diri.

Bagaimanapun tiada kecederaan lain ditemui di badan mangsa dan polis menolak dakwaan wujudnya unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan