Anggota Parlimen Pakatan Akan Angkat Sumpah Sidang Parlimen Ke-13: Karpal Singh

Diterbitkan: Sabtu, 15 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan PAS dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun.

"Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini Sabtu.

Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun.

Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'.

Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan