Ramai Katakan 'Tidak' Kepada Sekatan Tambahan Laman Media Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna Internet dan pengawal atur kerajaan memberikan respons dengan mengatakan 'Tidak' kepada sekatan tambahan di laman media sosial sambil menegaskan undang-undang sedia ada sudah memadai.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, isu yang lebih besar adalah mendidik pengguna Internet supaya mengawal diri sendiri.

"Saya tidak mengenakan lebih banyak undang-undang. Saya mahu mereka melakukan kawalan terhadap diri sendiri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana individu bertanggungjawab sepenuhnya untuk tidak menyiarkan mesej tidak bertanggungjawab, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Ini adalah apa yang disokong SKMM untuk sekian lama.

"Ibu bapa harus memantau apa yang dibaca oleh anak-anak mereka di Internet dan orang ramai harus mengetahui apa yang benar dan salah," katanya.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai untuk mencadangkan jenis-jenis 'peraturan yang positif'.

"Saya mahu membuka perkara ini kepada orang ramai dan pengguna media sosial supaya mencadangkan jenis-jenis kawalan positif yang perlu kita laksanakan untuk memastikan penggunaan bertanggungjawab dan maklumat yang disebarkan tidak melanggar undang-undang," kata Najib pada majlis penganugerahan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan ke atas portal berita secara online sebagaimana dilakukan di Singapura, di mana portal yang popular perlu dilesenkan.

Peguam paten Teknologi dan IT, Foong Cheng Leong berkata, undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

"Sebarang cubaan untuk membuatkan pemilik blog tanpa nama atau pengguna media sosial untuk mendedahkan identiti sebenar mereka akan tidak mengikut Perlembagaan," katanya.

Memetik perintah Mahkamah Persekutuan, beliau berkata Perlembagaan yang memberikan hak kepada kebebasan peribadi juga termasuk hak persendirian atau privasi.

Menurutnya, pemilik blog dan pengguna Internet yang didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang sentiasa boleh didakwa di bawah undang-undang sedia ada.

Sehingga kini, pengendalian Internet dikawal oleh Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Fitnah.

Foong berkata, teknologi itu sendiri membolehkan kerajaan dan pihak berkuasa mengesan pemilik laman web yang identitinya dirahsiakan.

"Jika kerajaan Malaysia mempunyai hubungan baik dengan negara di mana laman media sosial beroperasi, pengguna tersebut akan lebih mudah dikesan," katanya.

Pemilik blog terkenal, Datuk Ahirudin Attan yang mengendalikan blog rockybru.com.my turut bersetuju dengan pandangan bahawa ia akan menjadi tidak praktikal untuk mengenakan lebih banyak peraturan.

"Kita harus beritahu kepada orang ramai bahawa adalah lebih baik mereka mempunyai kebebasan bersuara tetapi terdapat had terhadap apa yang boleh dilakukan," katanya.

Pada masa sama, Ahirudin berkata beliau sentiasa menyuarakan pandangan bahawa pemilik blog tidak harus merahsiakan identiti mereka dan harus bertanggungjawab terhadap setiap penulisan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan