Penyelenggaraan Jalan Di Lebuhraya PLUS Arah Utara Rawang Selatan- Hospital Sungai Buloh

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lorong kecemasan dan lorong kiri di Km 447.62 hingga Km 448.12 (Arah Selatan) di antara Rawang Selatan ke Hospital Sungai Buloh Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup dari 18 hingga 27 Jun untuk membolehkan kerja penyelenggaraan jalan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam kenyataan di sini pada Jumaat menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan itu supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Sementara itu, satu laluan kontra akan dibuka di antara Km 435.1 hingga Km 433.2 Bukit Beruntung-Rawang di Lebuhraya Utara-Selatan bagi kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya.

Laluan kontra itu akan dibuka dari 18 hingga 21 Jun dari 11 malam hingga 5 pagi.

Sehubungan itu Plus menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan itu supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh Plus.

Pengguna lebuh raya yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Plus di talian bebas tol 1800-88-0000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan