Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi Diperkenal Mulai 15 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lesen memandu baru yang akan digunakan ketika sidang media semasa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lesen memandu baru yang akan digunakan ketika sidang media semasa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Jumaat. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.

Pengeluaran lesen baru itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos di seluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.

Hishammuddin berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.

Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak dilindungi.

Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.

"Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan," katanya.

Menyentuh mengenai tragedi bot ekspres di Belaga, Sarawak, Hishammuddin berkata, beliau mahu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk mengkaji bagi menamatkan monopoli perkhidmatan pengangkutan sungai di kawasan tersebut.

Katanya, lembaga itu perlu melihat untuk memberi lesen operasi kepada lebih banyak syarikat, dan persaingan itu diharap dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada penumpang.

Dalam kemalangan 28 Mei lepas, 213 penumpang terselamat apabila bot yang diberi kebenaran untuk hanya membawa 75 penumpang karam selepas terlanggar kayu balak di Giam Bungan, Sungai Rajang.

Setakat ini dua penumpang masih hilang sementara seorang maut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan