Kerajaan P.Pinang Ganti Bumbung Rosak Secara Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rasuk yang tergantung di Menara Umno perlu diturunkan dengan segera untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Rasuk yang tergantung di Menara Umno perlu diturunkan dengan segera untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menggantikan kesemua bumbung rosak yang diterbangkan oleh angin kencang pada petang Khamis secara percuma, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sudah semestinya ia akan diberi percuma," katanya.

Beliau berkata, pihak kontraktor akan dilantik untuk melakukan kerja pembinaan semula itu.

Bagaimanapun, menurut Guan Eng, keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan semuanya kembali normal secepat mungkin.

Sementara itu, rasuk sepanjang 20 kaki tergantung di Menara Umno di Jalan Macalister di sini berikutan kejadian ribut kencang pada petang Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama dengan pemaju untuk menurunkan rasuk tersebut.

"Kami menyekat kemasukan ke bangunan tersebut dan menutup laluan sepanjang 1km kerana rasuk berkenaan boleh terjatuh pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata, sebatang paip air di bawah jalan raya rosak teruk tetapi kerja baik pulih hanya boleh dilakukan sebaik saja proses menurunkan rasuk tersebut selesai.

"Kerja baik pulih di jalan raya mungkin menyebabkan berlaku gegaran," katanya.

Phee berkata pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menghentikan kerja pembersihan kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.

Sebuah kren dijangka tiba di tempat kejadian pada pukul 1 petang untuk menurunkan rasuk dari atas bangunan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan