Kejadian Angin Kencang Di P.Pinang Disebabkan Angin Langkisau

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kejadian angin kencang yang melanda Pulau Pinang lewat petang Jumaat disebabkan angin langkisau dari pembentukan kelompok awan kumulonimbus yang bergerak masuk dengan pantas ke kawasan daratan terutamanya di negeri ini.

Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) dalam kenyataan petang Jumaat berkata, kejadian ribut petir yang berlaku selalunya disertai dengan hujan lebat dan angin langkisau yang bertiup kencang dan tidak menentu haluannya.

"Semasa kejadian ini, angin langkisau yang direkodkan ialah antara 60 hingga 70km/jam. Pada masa yang sama, angin kencang 40 hingga 50km/jam sememangnya telah berlaku terutamanya di kawasan perairan," menurut kenyataan itu.

Semasa kejadian itu, amaran angin kencang 40 hingga 50km/jam telah dikeluarkan oleh JMM pada 5 Jun lepas dan masih berkuatkuasa untuk perairan Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya, katanya.

Lewat petang Khamis, sebuah penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini, runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.

Insiden yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan Jahir Sulaiman, 46, maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.

Sebanyak 21 kawasan di Pulau Pinang terlibat dalam kejadian ribut kencang itu iaitu lapan kawasan di daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah (dua), Seberang Perai Utara (10) dan Barat Daya (satu). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan