Jumlah Penghidap Diabetes Di Malaysia Membimbangkan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan, kata Presiden Majlis Pencegahan Obesiti Jong Koi Chong.

Beliau berkata angka itu amat tinggi dan telah meletakkan Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan keenam di rantau barat Pasifik.

"Ini bukan sesuatu yang membanggakan dan kita semua perlu bekerjasama dan membantu mendidik orang ramai mengenai pentingnya mencegah dan membendung penyakit ini," katanya.

Pada Persidangan Diabetes Kebangsaan ke-4 di sini hari ini, Jong berkata berbanding pada 2006 apabila hanya 8.6 peratus orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, kajian terbaharu pada 2011 menunjukkan 15.2 peratus orang dewasa menghidap diabetes.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie dan Presiden Persatuan Diabetes Malaysia (MDA) Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail.

Dr Ikram Shah berkata Malaysia telah melepasi anggaran 807,000 pesakit diabetes pada 2025 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Beliau berkata diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dicegah dan bagi mereka yang menghidapnya, komplikasi akibat diabetes boleh dilewatkan atau dicegah.

Dr Azmi pula menasihatkan rakyat Malaysia mencegah dan mengawal diabetes dan komplikasinya dengan menjalani gaya hidup sihat dan membuat pilihan lebih baik dalam corak pemakanan.

Beliau berkata kebutaan, kegagalan buah pinggang, gangren yang membawa kepada amputasi dan sakit jantung adalah komplikasi yang boleh dicegah dengan membuat pilihan lebih baik dan pemakanan seimbang.

"Membuat sedikit perubahan dalam gaya hidup kita akan membawa perbezaan besar. Kita patut lebih banyak berjalan, gunakan tangga daripada lif dan elak makanan berlemak, terutamanya pada lewat malam," katanya.

Dr Azmi juga menasihatkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin sekurang-kurangnya dua kali setahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan