Jenazah Mangsa Insiden Runtuhan Penebat Kilat Selamat Dikebumikan - Berita Semasa | mStar

Jenazah Mangsa Insiden Runtuhan Penebat Kilat Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jenazah Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia akibat ditimpa serpihan konkrit penebat kilat di Menara Umno yang terjatuh dalam kejadian angin kencang pada Khamis, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini selepas solat Asar pada Jumaat.

Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Mohd Mohideen Mohd Syeriff, 54, berkata dia terkilan kerana hasrat adik iparnya yang berasal dari Chennai, India untuk menyambut Ramadan di kampung halamannya tidak kesampaian.

"Adik ipar ada kata kepada saya dia nak balik Julai ini dan sambut Ramadan bersama keluarga di sana. Lagipun dia belum pernah pulang ke India sejak bekerja di sini selama dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini.

Semasa kejadian lewat petang Khamis, adik iparnya itu yang bekerja sebagai kelindan lori gas bekerja lebih masa untuk mengumpul wang lebih untuk pulang ke kampungnya nanti, katanya dengan sayu dan menurutnya biasanya Allahyarham pulang ke rumah 5 petang.

Mohd Mohideen yang merupakan warga Malaysia berkata, Allahyarham seorang yang ringan tulang dan sering membantu di gerai supnya di Padang Brown di sini.

Pada 6.45 petang Khamis, lori yang dinaiki Jahir dihempap penebat kilat di atas bangunan Menara Umno di Jalan Macalister di sini dalam kejadian angin kencang, mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.

Jahir disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Pulau Pinang dan meninggalkan seorang isteri, Siti Thaj Nisa, 42, dan dua anak perempuan, Benazir, 19, dan Femina, 8.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Adzmi Ariffin, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berkata, syarikat itu selaku pemilik bangunan Menara Umno akan menghulurkan bantuan termasuk kewangan kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan