Dua Cawangan SUPP Terima Notis Tunjuk Sebab Daripada ROS - Berita Semasa | mStar

Dua Cawangan SUPP Terima Notis Tunjuk Sebab Daripada ROS

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Piasau dan Bekenu - menerima notis tunjuk sebab daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atas dakwaan melanggar perlembagan parti ketika pemilihan Persidangan Tritahunan Perwakilan (TDC) pada Disember 2011.

Dua cawangan itu ialah daripada 14 cawangan yang aduan difailkan, termasuk Kuching, Pending, Padungan, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Repok, Sibu, Kanowit, Bintulu, Julau dan Song.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan kepada media di sini pada Jumaat berkata ROS mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab di bawah Seksyen 13 (2), Akta Pertubuhan 1966 kepada SUPP lanjutan daripada aduan yang diterima daripada anggota parti yang tidak berpuashati dengan proses pemilihan parti yang telah dijalankan.

"SUPP mempunyai 30 hari daripada tarikh notis iaitu 6 Jun 2013 untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dan jawapan itu hendaklah memuaskan Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Menurut Abdul Rahman, notis itu bukanlah Perintah Pembatalan pendaftaran SUPP, tetapi merupakan Notis Tunjuk Sebab atas pelanggaran peruntukan undang-undang tubuh pertubuhan ini.

"ROS akan membuat keputusan berpandukan jawapan yang dikemukan oleh SUPP dan keputusan yang akan dibuat ini berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Sementara itu Pengarah ROS Sarawak Ken Leben pada sidang akhbar Jumaat menjelaskan bahawa surat bertarikh 6 Jun telah dihantar ke cawangan, SUPP Piasau dan Bekenu serta bendahari parti.

"Saya diarahkan ibu pejabat ROS di Kuala Lumpur supaya mendapatkan penjelasan ini untuk orang ramai dan SUPP. Sebelum ini ada aduan daripada 14 cawangan SUPP yang mendakwa berlaku perkara yang tidak menurut peraturan dalam penghantaran perwakilan ke TDC SUPP pada November 2011.

"ROS mendapati ada perkara yang tidak mengikut peraturan semasa TDC itu," katanya sambil menegaskan juga bahawa notis tunjuk sebab itu tidak semestinya bermaksud SUPP akan dibatalkan pendaftarannya," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan