Penutupan Kem PLKN Syruz Bukan Disebabkan Jangkitan Virus Berbahaya

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Lailanor Ibrahim.
Datuk Dr Lailanor Ibrahim.

BUKIT MERTAJAM: Penutupan operasi kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Syruz di Machang Bubuk, di sini yang menempatkan 200 pelatih bukan disebabkan jangkitan virus berbahaya.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata, 50 pelatih kem itu yang dilaporkan sakit hanya dijangkiti virus biasa dan tidak membimbangkan.

Katanya, pihaknya menerima laporan pada 1 Jun mengenai dua pelatih disahkan menghidap penyakit berkaitan pernafasan seperti batuk dan selesema di kem terbabit dan kemudiannya merebak hingga kepada 48 pelatih keseluruhannya.

"Warden kem terbabit kemudiannya meminta nasihat kami mengenai perkara itu dan kami telah menasihatkan supaya mengawasi aktiviti yang memerlukan hubungan yang rapat antara pelatih.

"Atas nasihat itu juga dan sebagai langkah berjaga-laga, pengurusan pusat latihan terbabit kemudiannya memutuskan untuk menutup kem kerana terdapat hanya dua minggu lagi sebelum latihan berakhir dan membenarkan 200 pelatihnya pulang," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Akhbar pada Khamis melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil mengesahkan operasi kem PLKN di Pulau Pinang itu ditutup sementara selepas pelatihnya mengalami batuk dan sakit tekak sejak Jumaat lepas.

Operasi kem berkenaan ditutup selepas JLKN berunding dengan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang untuk memastikan kesihatan pelatih lain tidak terjejas.

Berikutan itu, semua pelatih dibenarkan pulang sejak hujung minggu lepas walaupun sepatutnya menamatkan latihan di kem berkenaan pada 20 Jun ini.

Sementara itu Dr Lailanor berkata, demam dan sakit tekak yang dialami pelatih di kem itu disebabkan mereka menjalankan latihan dalam cuaca panas.

Katanya, keadaan yang dialami pelatih tidak serius dan langkah sewajarnya sudah dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan