Kementerian Kerja Raya Akan Ambil Tindakan Ke Atas Individu Rosakkan Jalan

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan kerosakan jalan raya yang teruk.

Merujuk kepada kepada Jalan Penampang-Tambunan dekat sini yang runtuh akhir bulan lepas, Menteri berkenaan Datuk Fadillah Yusof berkata beliau akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang kementerian dan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Kalau ada tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk kerajaan menuntut ganti rugi untuk membina semula jalan, maka saya akan mengambil tindakan yang tegas.

"Ini sebahagian daripada proses pengajaran. Bukan untuk kita menghukum, tapi untuk memberi pengajaran kepada masyarakat kita supaya mengamalkan budaya baik dari segi kehidupan yang boleh memberi keselesaan kepada orang lain dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jalan itu pada Khamis.

Fadillah berkata siasatan mengenai kejadian itu yang dibahagikan kepada dua, akan mengambil masa sebulan.

Beliau tidak menolak aktiviti pembangunan oleh individu atau syarikat persendirian sebagai punca kepada kerosakan yang berlaku pada jalan itu.

"Saya nak beri amaran kepada masyarakat, khususnya kepada mereka yang hendak membuat pembangunan supaya mematuhi perundangan dan peraturan semua aspek.

"Kita ada tanggungjawab sosial dan tanggungjawab secara kontrak kepada orang lain. Apabila kita ada tanah, tidak semestinya kita kerjakan tanah kita untuk pembangunan jika ia menjejaskan kepentingan orang lain," katanya.

Terdahulu, Fadillah melawat pembangunan projek naik taraf jalan Pan Borneo dan berpuas hati dengan perkembangan projek tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan