Curi Artifak Kapal: Kementerian Akan Ambil Langkah Perlu - Nazri Aziz

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengambil langkah perlu bagi mengekang kegiatan mencuri artifak daripada kapal yang karam di perairan Malaysia, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurutnya perkara itu akan dilakukan sebaik sahaja beliau mendapat pengesahan daripada Jabatan Warisan Negara berhubung kewujudan sindiket yang dikatakan mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit hasil kegiatan berkenaan.

"Kalau ini berlaku, bermakna mereka curi warisan kita, itu hak kita," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohamed Nazri berkata antara langkah segera yang akan diambil ialah berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan kapal karam terbabit.

Beliau diminta mengulas laporan Bernama pada Rabu berhubung pendedahan Jabatan Warisan Negara yang antara lain menyebut barang peninggalan termasuk emas dan berlian menjadi rebutan sindiket itu, membabitkan sekurang-kurangnya 67 kapal dagang dan kapal perang lama yang tenggelam di perairan Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Pahang.

Mohamed Nazri sebelum itu hadir pelancaran program Kembara Dunia 1Malaysia dan pelepasan ekspedisi bermotosikal merentas dunia pasukan '1Malaysia World Endurance Ride 2013' yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri mengenai potensi ekspedisi bermotosikal dalam pelancongan, Mohamed Nazri berkata kementeriannya sedia mempertimbangkan idea-idea baharu dan kreatif termasuk ekspedisi bermotosikal sebagai produk pelancongan baharu negara.

"Negara kita keadaannya cukup menarik dan ia lebih hebat kalau dinikmati dengan bermotosikal. Ekspedisi bermotosikal ini satu produk pelancongan yang mesti diberi sokongan," katanya.

Mengulas perkara lain, Mohamed Nazri yang juga Timbalan Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata jika anggota parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpah jawatan pada 24 Jun ini, perbuatan itu hanya merugikan mereka.

"Mereka mesti ingat kalau dalam tempoh enam bulan tak angkat sumpah ada peraturan yang boleh isytiharkan kerusi itu kosong dan pilihan raya kecil akan dilakukan. Kalau dia masuk dewan, bentara akan halau," katanya.

Mengenai peningkatan jumlah petisyen pilihan raya umum ke-13 yang difailkan berbanding pada pilihan raya umum terdahulu, beliau berkata perkara itu bukti kesuburan sistem demokrasi di negara ini.

"Itu saluran yang betul bukan di atas jalan dengan berdemonstrasi, rakyat pun tak minat," katanya.

BN memfailkan 21 petisyen manakala pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS memfailkan 35 petisyen. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan