CEO Baharu Maybank Mungkin Diumum Akhir Jun

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malayan Banking Bhd (Maybank) mungkin diumumkan seawal akhir Jun ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Beliau berkata buat masa ini, lembaga pengarah bank itu sedang meneliti calon-calon berpotensi untuk mencari orang yang dipercayai boleh mengubah Maybank selanjutnya untuk menjadi sebuah institusi perbankan global.

"Pengumuman itu akan dibuat bulan ini atau awal bulan depan. Kami bercadang untuk melakukannya secepat mungkin.

"Kami masih menilai calon-calon berpotensi. Tidak ada calon yang dimasukkan dalam senarai pendek, kerana kesemua mereka bagus," katanya kepada pemberita pada Invest Malaysia 2013 di sini Khamis.

Maybank ialah kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia dan kumpulan perbankan terkemuka di Asia Tenggara.

Megat Zaharuddin berkata calon-calon berpotensi itu adalah dari sumber dalaman dan luaran, yang ada rekod pencapaian perbankan yang baik.

Beliau berkata CEO baharu itu mestilah meneruskan usaha-usaha baik yang telah dilakukan oleh bekas presiden/CEO, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang meninggalkan Maybank untuk memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi.

Abdul Wahid memulakan tugas baharunya pada 5 Jun.

Beliau juga telah dilantik sebagai senator.

Dilaporkan bahawa calon-calon dalaman yang berpotensi ialah pegawai yang bertanggungjawab Maybank sekarang, iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohd Rafique Merican; Ketua Perbankan Pelaburan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Pengarah Presiden Bank Internasional Indonesia, Datuk Khairussaleh Ramli.

CEO Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan; dan Presiden Axiata Group Bhd, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim, juga dilaporkan dalam senarai calon luaran. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan