AirAsia Usul Tubuhkan Badan Bebas Siasat Kelewatan KLIA2

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aireen Omar.
Aireen Omar.

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah meminta kerajaan menubuhkan badan bebas untuk menyiasat kelewatan pembinaan lapangan terbang kos rendah baru, KLIA2.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar, berkata badan bebas itu patut menilai tiga isu utama mengenai projek itu - perkembangan terkini projek itu, bila ia akan disiapkan dan jumlah kosnya.

"Melainkan sebab sebenar kelewatan itu diumumkan, AirAsia merasakan akan ada lebih banyak tuduhan (terhadap AirAsia atau kontraktor) yang tidak akan membantu penyiapan projek ini," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Aireen juga menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa penundaan itu disebabkan kelewatan AirAsia membuat keputusan tentang sistem pengendalian bagasi (BHS) dan jambatan aero.

"BHS dan jambatan aero hanyalah komponen kecil yang tidak sepatutnya menjadi faktor utama kelewatan itu," katanya.

Pada Jun 2011, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mendakwa AirAsia, syarikat penerbangan utama yang akan menggunakan KLIA2, sebagai penyebab kepada kelewatan pembinaan berikutan permintaannya untuk meningkatkan kapasiti penumpang kepada 45 juta penumpang setahun daripada 30 juta yang dirancang sebelum ini.

Pengendali lapangan terbang itu juga berkata syarikat penerbangan kos rendah itu menolak untuk menggunakan jambatan aero, menyebut kos operasi yang tinggi dan kemudian memutuskan pada saat akhir untuk bertukar daripada BHS separa automatik kepada BHS automatik sepenuhnya.

Pelarasan tersebut telah menganjakkan tarikh penyiapan terminal baru itu kepada April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lalu mengumumkan klia2 akan dilancarkan pada 28 Jun, sama dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 1998.

Bulan lepas, MAHB mengumumkan penundaan kelima lapangan terbang itu, tanpa memberikan tarikh baru. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan