MIC: Kami Tetap Mahu Jawatan Speaker Perak

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MIC masih berharap agar Speaker bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dilantik daripada parti itu.

Berikutan kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa beliau belum membuat apa-apa pengumuman mengenai jawatan itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Kami mempunyai harapan yang besar bahawa jawatan itu diberikan kepada kami."

Bercakap kepada pemberita di sini, Dr Subramaniam berkata MIC merasakan ia jawatan itu sesuai diberikan kepada MIC.

"Harapan kami supaya jawatan itu kekal milik MIC seperti 2008," katanya.

Sebelum ini Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker DUN.

Palanivel mendakwa beliau dimaklumkan bahawa jawatan itu telah diperuntukkan kepada Umno.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata, sebagai presiden parti, kenyataan sedemikian dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia dilakukan tanpa mengetahui kedudukan sebenar, katanya.

Katanya perancangan mengenai pelantikan itu sedang dilakukan dan siapa yang akan dilantik sebagai speaker DUN akan diumumkan pada persidangan DUN nanti.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan