Letupan Di Kampung Air Semporna Tiada Kaitan Pengganas - Hamza

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamza Taib.
Hamza Taib.

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna pada Selasa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Siasatan tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Rabu.

Beliau berkata, mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah menetap di Sabah dalam tempoh kurang dari setahun dan menjalankan perniagaan di Semporna secara sambilan.

Dalam insiden kira-kira 4.20 pagi Selasa, Attaulah Hukmat Khan, 35, maut manakala empat rakan senegara yang berusia antara 22 hingga 50 tahun tidak cedera.

Sementara itu, Hamza berkata, jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) setakat ini adalah seramai 132 orang.

"Ada yang telah dibebaskan...ada yang telah dirujuk kepada pihak imigresen. Walau bagaimanapun ada yang dituduh dan dibicarakan, setakat ini masih belum dijatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam proses pendengaran," katanya.

Terdahulu, Hamza menyerahkan cek Skim Pampasan Ex-Gratia bernilai RM1,347 kepada balu Wira Negara yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah, 51.

Menurutnya, sumbangan itu diberikan kepada anggota keluarga polis yang terkorban semasa Operasi Daulat termasuk melibatkan kecederaan dan kematian semasa menjalankan tugas rasmi.

Beliau berkata, agihan pembayaran sumbangan itu akan diberikan secara bulanan sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun berbanding sebelum ini diberikan bayaran sekali gus.

Terdahulu ketika berucap, Hamza berkata Polis Diraja Malaysia telah meluluskan bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja bagi anggota polis yang terkorban dalam Ops Daulat dan bayaran diberikan kepada waris mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan