KKTM, IKM Bakal Naik Taraf Sebagai Kolej Universiti Kemahiran Mara - Shafie

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (belakang, empat, kiri) bergambar bersama pelajar-pelajar MARA yang terpilih mewakili negara ke WorldSkills Competition 2013 Leipzig, Jerman sempena Sambutan Hari Pendidik MARA 2013 di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ibrahim Muhamad (belakang, empat, kanan).
-Foto BERNAMA
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (belakang, empat, kiri) bergambar bersama pelajar-pelajar MARA yang terpilih mewakili negara ke WorldSkills Competition 2013 Leipzig, Jerman sempena Sambutan Hari Pendidik MARA 2013 di Kuala Lumpur pada Selasa. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ibrahim Muhamad (belakang, empat, kanan). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah mendapat surat tawaran daripada Kementerian Pendidikan untuk menaik taraf Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) sebagai Kolej Universiti Kemahiran Mara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun perkara tersebut perlu diperhalusi dan dilihat dari pelbagai sudut kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar untuk menaik taraf seluruh kampus IKM dan KKTM sebagai universiti.

"Perkara ini di peringkat Kementerian Pendidikan sekarang. Kita juga perlu pastikan prasarananya mampu menyokong usaha melahirkan modal insan kelas pertama. "Dengan wujudnya universiti teknikal kedua selepas Universiti Kuala Lumpur lebih banyak program pendidikan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan berteraskan industri dan teknologi tinggi dapat dilaksanakan," katanya.

Mohd Shafie berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pendidik Mara 2013 di sini hari ini. Lebih 1,000 pendidik Mara hadir pada majlis tersebut. Jelas Mohd Shafie, Mara merupakan sebuah badan yang signifikan dan penting dalam pembangunan negara kerana sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini hampir dua juta orang sudah mendapat bantuan Mara dalam bidang pendidikan.

"Maktab Sains Mara (MRSM) pula berjaya melahirkan ramai teknokrat dan pemimpin masyarakat termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz (Tun Dr) Mahathir," kata beliau.

"Warga Mara terutamanya pendidik merupakan tulang belakang kepada keberhasilan kemajuan dan kemakmuran negara yang kita kecapi pada hari ini," jelasnya.

Tema sambutan Hari Pendidik Mara pada kali ini ialah Pendidik Berintegriti Pembina Insan Holistik.

Pada majlis tersebut Mohd Shafie turut menyampaikan anugerah Tokoh Pendidik Mara 2013 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional Perlis yang juga peneraju Pusat Latihan Giat Mara, Datuk Dr Hashim Ahmad.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dalam ucapannya berkata Mara akan menggariskan falsafah pendidikannya yang baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sambutan Hari Pendidik Mara diadakan setiap tahun bagi meraikan 7,831 warga pendidik Mara di pelbagai institusi pendidikan Mara di seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan