Keramat Mall Jadi Mini UTC

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kerajaan akan menjadikan Keramat Mall sebagai Mini UTC bagi merancakkan aktiviti ekonomi di pusat membeli-belah ini.
Kerajaan akan menjadikan Keramat Mall sebagai Mini UTC bagi merancakkan aktiviti ekonomi di pusat membeli-belah ini.

KERAMAT Mall akan dijadikan Pusat Transformasi Bandar Mini (MUTC) bagi menjana lebih banyak aktiviti ekonomi di pusat beli-belah berkenaan.

Perkara itu diumumkan semasa lawatan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke lokasi berkenaan yang dilihat tidak berkembang.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md Ikhsan dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Sebelum ini penubuhan MUTC pertama ialah menerusi pembangunan semula Kompleks Perdagangan Bandar Baru Sentul yang dilancarkan pada awal tahun lalu yang turut membawa masuk agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sementara itu Tengku Adnan berkata, beliau kecewa bahawa peniaga-peniaga pasar basah berhampiran masih enggan berpindah ke pusat membeli-belah berkenaan.

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka jana pendapatan dengan baik di lokasi sedia ada.

"Namun saya cabar mereka. Kerajaan akan keluarkan lesen kepada peniaga-peniaga baru di pusat membeli-belah.

Kami akan buat perbandingan mengenai tempat mana yang lebih baik untuk perniagaan dan jika pusat membeli-belah ini lebih baik, mereka terpaksa berpindah," katanya.

Katanya DBKL membelanjakan wang yang banyak bagi membina pusat membeli-belah berkenaan dan menyediakan kemudahan yang selesa untuk peniaga serta pelanggan.

"Banyak isu yang dibangkitkan oleh peniaga, termasuk nama tempat ini...ia boleh diselesaikan. Saya akan berbincang mengenainya dengan DBKL dan Datuk Johari untuk cuba mencari penyelesaian kepada isu-isu peniaga," katanya.

Setakat ini hanya peniaga barangan kering dan restoran telah berpindah ke pusat membeli-belah yang terletak bertentangan dengan stesen LRT Damai itu.

Pusat membeli-belah itu turut menyediakan kemudahan tempat letak kereka terbuka dan bawah tanah, termasuk dilengkapi dewan serguna.Tengku Adnan berkata, DBKL juga telah bersetuju untuk memberi peniaga dua tahun tanpa sewa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan