Pegawai Penyiasat Perlu Tingkat Kemahiran

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Semua pegawai penyiasat di balai polis di daerah ini diminta mempertingkatkan kemahiran serta mengaplikasi ilmu sedia ada dalam menjalankan siasatan terhadap semua kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowel Marong berkata mereka juga perlu bersabar dan tidak terburu-terburu dalam melengkapkan sesuatu kertas siasatan bagi mempertahankan maruah mereka sebagai penguat kuasa undang-undang.

"Kesabaran yang tinggi amat penting terutama ketika berhadapan dengan masyarakat yang tidak tahu menghargai undang-undang," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Polis Daerah Sandakan, pada Selasa.

Beliau juga mengingatkan anggota dan pegawai polis agar sentiasa menjaga integriti dan menjadikan sikap itu sebagai budaya kerja dan kehidupan.

"Sikap integriti setiap anggota dan pegawai perlu menjadi satu budaya demi mempertahankan maruah dan menjadi masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan," kata Rowell.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan