Pandikar Dijangka Kekal Sebagai Speaker Dewan Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia

PETALING JAYA: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka akan kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang bagi sesi Parlimen ke-13, menurut sumber.

Pandikar, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker pada 2008.

Speaker bagi kedua-dua dewan perlu seorang pemimpin yang tegas serta dihormati oleh kedua-dua belah pihak, kerana pada sesi kali ini terdapat lebih ramai ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi, tujuh kerusi lebih banyak berbanding pilihan raya umum 2008, ia merupakan jumlah wakil rakyat pembangkang paling ramai pernah dicatatkan di Parlimen setakat ini.

Barisan Nasional pula memiliki 133 kerusi.

Sidang Parlimen akan bermula pada 24 Jun dan dijangka lebih dinamik dan kecoh dengan kehadiran wakil Pembangkang yang lebih ramai.

Beberapa nama lain yang turut dikhabarkan akan memegang jawatan Speaker, ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan bekas Menteri Penerangan, Konukasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan