Keselamatan Bot Ekspres Sarawak Ditambah Baik Menjelang 2015

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Menjelang 2015, bot ekspres yang berulang-alik di semua sungai di Sarawak akan dilengkapi ciri keselamatan yang lebih banyak dan ditingkatkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata arkitek kapal dari Jabatan Marin akan ditugaskan untuk menghasilkan reka bentuk baharu yang akan terpakai bagi semua bot ekspres.

"Bot itu akan dilengkapi lebih banyak laluan keluar untuk membolehkan lebih ramai penumpang menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat bagi 26 pengusaha bot ekspres Sungai Rajang di sini Selasa.

"Memandangkan menjadi kelaziman bagi bot seperti ini membawa penumpang di atas pengusung, aspek ini akan turut diberi perhatian untuk memenuhi keperluan mereka kerana buat masa ini, tiada kemudahan itu.

"Kami juga akan menimbangkan ruang letak bagasi yang bersesuaian," katanya.

Abdul Aziz berkata mereka yang berhasrat menjadi kapten bot akan dihantar menjalani latihan di institusi di bawah Jabatan Marin untuk mendapatkan lesen.

Katanya lebih banyak kempen dan ekspo berkaitan keselamatan akan dianjurkan, dengan yang berikutnya akan diadakan September ini.

Lembaga Sungai-sungai Sarawak turut memohon lebih banyak dana persekutuan untuk menambah baik jeti sedia ada supaya lebih mesra penumpang.

Sementara itu, ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sarawak, Abdullah Sidol, berkata terdapat cadangan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti semua aspek berkaitan sungai iaitu memastikan keselamatan bagi pengangkutan; memastikan kebersihan; merangka peraturan baharu dan lebih baik berhubung penggunaannya oleh semua pihak yang berkaitan dan mempromosi sungai sebagai tarikan pelancong.

Beliau berkata jawatankuasa itu, yang berada di bawah Jabatan Marin, akan mempunyai wakil daripada semua pemegang kepentingan, termasuk Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Jabatan Alam Sekitar dan persatuan bot.

Beliau berkata sungguhpun seringkali terdapat permohonan bagi lebih banyak jalan luar bandar namun sungai akan terus menjadi kaedah penting dalam sistem pengangkutan di negeri ini.

"Kami mahu memberi pilihan kepada masyarakat sama ada menggunakan jalan darat atau sungai untuk bergerak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan