Hanya Seorang Wakil Rakyat Pembangkang Hadir Sesi Taklimat Dewan Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Er Teck Hwa
Er Teck Hwa

KUALA LUMPUR: Hanya seorang wakil rakyat pembangkang, iaitu anggota Parlimen kawasan Bakri di Johor, Er Teck Hwa dari DAP hadir pada sesi taklimat hari ini berhubung sidang Parlimen ke-13 yang dijadual bermula 24 Jun.

Ketidakhadiran mereka menimbulkan tanda-tanya kepada kalangan yang hadir terutama lebih 100 wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya pemberita, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya berkata kemungkinan mereka tidak hadir kerana mempunyai hal lebih penting memandangkan kehadiran pada taklimat itu tidak diwajibkan.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, BN menang 133 kerusi manakala DAP 38, PKR 30 dan PAS 21.

Ketika ditemui, Er yang mempertahankan kerusinya pada pilihan raya lepas, berkata beliau hadir kerana ingin tahu mengenai garis panduan dan syarat-syarat yang bakal diguna pakai pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya dijemput dan saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri. Jangan salah faham kerana kemungkinan ahli Parlimen Pakatan Rakyat (yang lain) mempunyai aktiviti yang lain.

"Kalau ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya.

Pemimpin pembangkang sebelum ini dilapor mahu memboikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini kerana antara lain tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum lepas.

Sementara itu anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, yang bakal mengambil tempat di sebelah Teck Hwa, memuji sikap Er yang hadir hari ini.

"Saya berasa terharu apabila ahli Parlimen Bakri hadir hari ini, walaupun Pakatan Rakyat kata nak boikot. Tapi kita hormati keputusan ahli Parlimen Bakri. Kita sepatutnya ambil peluang ini untuk hadiri kursus orientasi.

Sesi taklimat disampaikan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Lamien Sabiyo.

Antara menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan