BN Fail 21 Petisyen Pilihan Raya - Tengku Adnan

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namun atas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidak munasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.

"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tengku Adnan berkata BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah dan yakin petisyen yang difailkannya mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin benteng kerajaan yang dipimpin BN akan kekal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

PKR, PAS dan DAP memfailkan 25 petisyen kerusi Parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13 mulai semalam hingga Rabu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan