Belacan, Terompah Mungkin Dipatenkan

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERBAIK ... Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (tengah) bersama timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) dan Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menunjukkan isyarat bagus selepas melancarkan IP Mobile II di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Belacan dan terompah perlu dipatenkan kerana mempunyai nilai tinggi untuk dilindungi sebagai warisan kebangsaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Di samping itu, katanya, kebaya Baba dan Nyonya juga mempunyai potensi untuk dipatenkan sebagai warisan negara.

Sebelum ini, beca telah didaftar untuk dipatenkan sebagai warisan negeri Melaka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'IP Mobile II' di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) di sini Selasa.

'IP Mobile II' merupakan kempen kenderaan bergerak edisi kedua dilengkapi internet, maklumat dan pameran harta intelek bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan perlindungan harta intelek. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan