Pusat Jagaan Kendalian NGO Akan Dikategori Ikut Gred - Berita Semasa | mStar

Pusat Jagaan Kendalian NGO Akan Dikategori Ikut Gred

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Lebih 200 pusat jagaan dan rumah kebajikan di seluruh negara yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) akan dikelaskan mengikut gred dalam usaha memastikan penghuni premis berkenaan mendapat perkhidmatan dan layanan terbaik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pusat jagaan dan rumah kebajikan berkenaan akan dikategorikan mengikut gred A,B dan C seperti yang diaplikasi di restoran.

Beliau berkata, perancangan itu sedang diperhalusi dengan mengambil kira makluman balas daripada pihak NGO terlibat serta anggota masyarakat dan ia dijangka dilaksana pada tahun depan.

"Sebagai contoh, jika pengusaha pusat jagaan dan rumah kebajikan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kementerian termasuk dari segi kebersihan, keselamatan serta keselesaan penghuni, mereka akan dikelaskan dengan gred A.

"Mana-mana pusat jagaan dan rumah kebajikan yang dikategori sebagai A maka bantuan berstatus A juga akan disediakan oleh pihak kementerian...jika mereka dikategori sebagai B dan C maka bantuan yang disalur adalah mengikut gred yang diperoleh," katanya kepada pemberita selepas melawat penghuni pusat jagaan Persatuan Rumah Warga Emas Klang (PRWEK) di Taman Sejati di sini, yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini.

Rohani berharap semua pengusaha pusat jagaan dan rumah kebajikan berkenaan mematuhi segala SOP yang digariskan kementerian dalam usaha memastikan premis milik mereka dikategori sebagai A.

Dalam kejadian Jumaat lepas, seramai 26 warga emas terdiri daripada orang kurang upaya, lumpuh dan sakit tua di pusat jagaan itu dapat diselamatkan daripada kebakaran di premis berkenaan yang terletak di Jalan Solok Tamarind di sini.

Kesemua warga emas terlibat kini ditempatkan sementara di sebuah lagi pusat jagaan di bawah kendalian persatuan itu di Taman Sejati.

Dalam pada itu, Rohani mengumumkan pemberian bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM70,000 kepada PRWEK bagi membantu meringankan beban pengusahanya dalam menguruskan premis itu.

Beliau berkata untuk tahun ini sahaja, kementerian melalui JKM telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM32 juta kepada lebih 200 pusat jagaan dan rumah kebajikan di seluruh negara yang diuruskan NGO.

"Di Selangor sahaja, sebanyak RM2.26 juta peruntukan telah disalur kepada 45 pusat jagaan dan rumah kebajikan yang diurus oleh NGO bagi membantu meringankan beban mereka. Kesemua bantuan ini diberikan dalam bentuk makanan, minuman dan bayaran utiliti," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan