PM Saran Penyelesaian Tenaga Komprehensif Rantau Asia - Berita Semasa | mStar

PM Saran Penyelesaian Tenaga Komprehensif Rantau Asia

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara-negara Asia perlu mencari penyelesaian tenaga yang komprehensif bagi menangani isu tenaga global yang mendesak, dengan mengambil kira perubahan besar yang akan berlaku dalam industri minyak dan gas.

Semasa membuat gesaan berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyelesaian ini boleh membawa pembangunan dan keuntungan di samping memberikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

"Kita mesti mencari jalan untuk membawa ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pertimbangan bersama dan menanganinya sebagai satu: penyelesaian tenaga yang komprehensif," kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia 2013 di sini, Isnin.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peranan Petronas dalam membangunkan rizab semula jadi negara dan sumber manusia telah menghasilkan potensi ekonomi Malaysia dapat dipenuhi.

"Dan bersama-sama dengan Petronas, dan seluruh industri tenaga kita, kita perlu mencari jalan ke arah pembangunan mampan, terjamin dan saksama, supaya adanya penyelesaian tenaga menyeluruh yang saya perkatakan terdahulu," kata beliau.

Najib berkata ini juga bermakna pemahaman perubahan yang membentuk keputusan Dasar dan perniagaan serta bagaimana industri tenaga dan kerajaan perlu menanganinya.

Perubahan yang paling radikal, sudah tentu, kebimbangan terhadap usaha mendapatkan rizab berharga yang sebelum ini tidak ekonomi, kata beliau.

Beliau berkata minyak dan gas bukan konvensional telah mengganggu pasaran tenaga dan dasar tenaga, kos peralihan, anggapan berkaitan karbon dan bekalan.

"Mereka telah benar-benar membentuk semula pandangan masa depan Amerika, membawakan era baru kebebasan tenaga dan kajian semula asas geopolitik," kata Perdana Menteri.

Najib berkata perubahan pertumbuhan kedua ialah tenaga bersih, yang jelas semakin menurun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan