Perdagangan Hidupan Liar Ancam Haiwan

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sindiket perdagangan haram hidupan liar di negara ini meningkat pada tahap membimbangkan walaupun penguatkuasaan yang ketat dan hukuman berat dikenakan kepada pasalah.

Pengedar tamak yang mendapat keuntungan besar daripada aktiviti perdagangan kejam dan tidak beretika ini memberi tumpuan kepada Malaysia kerana menjadi antara beberapa negara yang masih mempunyai harimau, gajah, beruang, tenggiling dan lain-lain spesies yang mendapat permintaan tinggi.

Seekor harimau hidup bernilai kira-kira USD50,000 (RM154,690) di pasaran gelap. Kulitnya sahaja boleh bernilai sehingga USD35,000 (RM108,283).

Harga bagi harimau yang sudah mati tanpa kulit pula boleh mencecah pada kira-kira USD5,000 (RM15,469) sementara bahagian-bahagian anggota badan dijual secara berasingan dengan zakar bernilai kira-kira USD4,000 (RM12,370).

Bagi gading gajah ia dijual pada harga USD1,800 (RM5,566) sekilogram manakala tanduk badak dijual pada harga kira-kira USD97,000 (RM299,944) sekilo.

Antara haiwan yang sangat dicari oleh pemburu haram di Malaysia adalah babi hutan, rusa sambar, kijang, kancil dan landak serta beberapa spesies burung yang jarang ditemui.

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), pengedar didorong oleh margin keuntungan yang tinggi dalam perdagangan hidupan liar.

"Bahagian-bahagian haiwan ini kebanyakkannya digunakan dalam bidang perubatan seta ubat-ubatan tradisional," kata jurucakap jabatan itu.

Beliau berkata harimau kebanyakannya diburu untuk mendapatkan tulang, kulit dan bahagian-bahagian badan, beruang untuk mendapatkan pundi hempedu dan kaki, tenggiling untuk daging dan untuk sisik manakala ular didagangkan bagi memperoleh kulit.

"Jenayah hidupan liar dikendalikan oleh rangkaian antarabangsa dan beroperasi sama seperti aktiviti pengedaran dadah dan penjualan senjata," katanya, sambil menambah bahawa undang-undang yang lebih ketat dan penguatkuasaan yang tegas tidak menghalang pemburu haram dan pengedar meneruskan aktiviti mereka.

Di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, mana-mana orang yang memasang atau menggunakan mana-mana jerat bagi maksud memburu boleh didenda antara RM50,000 dan RM100,000 dan dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Antara 2008 dan tahun lepas, pegawai penguatkuasa perhilitan menemui dan memusnahkan 2,377 jerat yang dipasang oleh pemburu haram di dalam hutan dan hutan yang dilindungi.

Perdagangan haram hidupan liar global bernilai kira-kira USD5bil (RM15.46bil) kepada USD20 (RM61.84bil) setahun, dengan China, Amerika Syarikat dan Eropah sebagai pasaran utama.

Pegawai kanan Pemantauan Rangkaian Perdagangan Hidupan Liar (Trafik), Kanitha Krishnasamy berkata, permintaan bagi bahagian-bahagian hidupan liar itu semakin meningkat di seluruh dunia, dengan kadar memburu untuk gading gajah dan tanduk badak adalah yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Beliau berkata di Malaysia, rusa dan kijang diburu secara berleluasa memaksa Perhilitan mengharamkan semua aktiviti memburu rusa sehingga 2015.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan