KKLW Tubuh Jawatankuasa Khas Pembangunan Luar Bandar

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas baru-baru ini khusus untuk menyelaras program pembangunan luar bandar.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain pembangunan fizikal, jawatankuasa yang ditubuh dengan kerjasama beberapa kementerian lain itu juga bertanggungjawab menyelaras program yang berkaitan dengan penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan.

"Sebagai contoh, Kementerian Belia dan Sukan boleh membantu KKLW dengan memberi maklumat lengkap mengenai jumlah belia di kawasan luar bandar tertentu dan kami boleh menyediakan peruntukan serta prasarana untuk golongan itu," katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula akan dapat memperkasa usaha membangunkan modal insan di kalangan golongan lepasan sekolah dan belia di luar bandar, menerusi penyediaan pelbagai peluang perniagaan buat mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Desa Kepada Penghulu-Penghulu Semenanjung Malaysia di Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi dekat sini, Isnin.

Seramai 500 penghulu dari seluruh negara menyertai seminar itu yang dijalankan dalam bentuk perbincangan panel, perbincangan kumpulan dan pembentangan kertas kerja mengenai cadangan pemerkasaan institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Sementara itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata, beliau menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan undang-undang khas bagi kesalahan menderhaka kepada raja, dan berpendapat ia bertujuan mempertahankan kedaulatan institusi diraja negara.

Beliau berkata, kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu, yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja, sama ada dalam bentuk ucapan, sindiran, grafik dan sebagainya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan