Jamil Salleh Dilantik KSU Kementerian Belia Dan Sukan

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Jamil Salleh
Datuk Jamil Salleh

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai ketua setiausaha baharu kementerian itu berkuat kuasa Rabu ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dengan kelebihan yang ada pada Jamil, beliau percaya Jamil mampu melaksanakan tangunggjawab yang diberikan itu dengan penuh integriti dan profesional.

"Saya percaya pengetahuan, pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Jamil akan membolehkan beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesional dalam usaha memenuhi aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan golongan belia yang patriotik, bersatu padu, berdisiplin dan berbudaya sukan demi perpaduan dan pembangunan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Jamil, 54, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya dan menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 22 Jun 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan dan pentadbiran kewangan, sumber manusia dan perolehan.

Jamil juga adalah Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan