Abdul Wahid Adakan Rancangan Hala Tuju Baru EPU Dalam Masa Kurang 100 Hari

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar menerima nota serah tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada majlis penyerahan nota serah tugas itu di Putrajaya, Isnin.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (kanan). Foto BERNAMA
Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar menerima nota serah tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada majlis penyerahan nota serah tugas itu di Putrajaya, Isnin. Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (kanan). Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dijangka menghasilkan satu rancangan hala tuju bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam masa kurang daripada 100 hari.

"Izinkan saya untuk mengambil sedikit masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai skop tugas kerja dan fokus EPU dan lain-lain agensi di bawah jagaan saya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin.

Abdul Wahid mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi EPU pada 5 Jun.

Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Maybank itu berkata, sebagai seorang penerima manfaat (daripada dasar kerajaan), pelantikannya merupakan satu penghormatan besar bagi beliau, untuk membalas budi kerajaan dan memainkan peranannya bagi faedah rakyat.

"Apabila dihubungi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saya berasa bertanggungjawab untuk menerima dan bagi saya, ia adalah penghormatan yang besar dan tanggungjawab yang berat yang diberikan kepada saya.

"Bagi seorang yang telah mendapat banyak manfaat daripada tindakan afirmatif kerajaan, saya rasa terpanggil untuk menerima jawatan ini dan memainkan peranan saya bagi negara," katanya.

Beliau berkata, orang lain dari masyarakat yang kurang bernasib baik yang menikmati manfaat ini dan berjaya juga akan berbuat perkara yang sama.

Memandang ke hadapan, Abdul Wahid berkata, beliau memerlukan masa untuk mengenali EPU dan agensinya dengan lebih baik, pembangunannya dan apa yang perlu diberikan tumpuan sebelum mengadakan rancangan baru.

"Ini merupakan hari ketiga selepas saya mengangkat sumpah dan mesyuarat Majlis Ekonomi yang pertama baru berlangsung pagi tadi," katanya.

Menurutnya beliau tiada sebarang tanggapan tentang EPU, sama seperti ketika beliau mula menyertai UEM Group, TM dan Maybank.

Abdul Wahid berkata, rancangan bagi EPU dijangka berbeza berbanding rancangan syarikat korporat yang pernah beliau sertai sebelum ini.

"Rancangan sekarang ialah memahami organisasi dengan lebih baik, bidang tugasnya, skopnya dan apa yang perlu dilakukan, serta akses dan menggunakan kecekapan yang kita ada.

"Jika ada bidang yang perlu diperkukuhkan, kita akan usahakan," tegas beliau.

Mengenai Maybank, beliau menyuarakan keyakinan bahawa kumpulan perbankan terbesar di Malaysia itu akan terus berada di bawah pimpinan baru yang cemerlang, kerana pengurusannya sendiri sememangnya baik.

"Maybank merupakan satu institusi kewangan yang mantap dan mempunyai barisan exco yang kuat. Maybank merupakan sebuah institusi, bukan hanya satu orang.

"Jadi, walaupun saya meninggalkan Maybank, namun ramai lagi rakan-rakan, ahli kumpulan exco, yang berwibawa dan dapat meneruskan kerja mereka, seterusnya mempertingkatkan lagi prestasi Maybank," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan