Tengku Adnan Nasihat Penganjur Batal Hasrat Adakan Perhimpunan Di Padang Merbok

Diterbitkan: Ahad, 9 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menasihatkan penganjur perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini agar membatalkan hasrat itu kerana kawasan berkenaan bukanlah lokasi yang sesuai untuk berbuat demikian.

Menyifatkan ia terlalu terbuka dan boleh mengundang kesesakan, beliau menasihatkan agar kawasan lain dipilih jika mereka berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan.

"Pada saya, Padang Merbok terbuka dan kita tidak boleh beri kepada mereka (untuk melakukan perhimpunan). Kita ada undang-undang, bukannya tiada. Jadi, mereka perlu akur akan undang-undang itu dengan memilih tempat lain.

"Kalau nak Stadium Merdeka contohnya, cakap sahaja dengan tuan punya, begitu juga Stadium Bukit Jalil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Agensi, Sabtu.

Beliau mengulas penganjuran perhimpunan 'Black 505' oleh pembangkang pada 15 Jun ini di Padang Merbok, yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan